Kata-kata Aluan

Dewasa ini, ketika dunia semakin maju dengan teknologi yang semakin canggih, masyarakat mula alpa dan lupa tentang asal usul negara iaitu tempat dimana mereka berpijak. Mereka semakin lupa akan pengorbanan dan keringat pahlawan-pahlawan terdahulu yang sanggup berjuang sehingga ke titisan darah demi mempertahankan negara yang tercinta sehingga terbentuknya negara yang dikenali dengan nama Malaysia atau nama asalnya iaitu Tanah Melayu. 
Oleh itu, blog ini diwujudkan untuk memberi pendedahan tentang kewujudan Rukun Negara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Rukun Negara diwujudkan selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang telah meragut ratusan nyawa penduduk di negara ini.
Maka dengan itu, kami ahli kumpulan seramai 4 ahli telah bekerjasama mencurahkan keringat dan idea untuk memastikan blog ini disiapkan. Tujuan utama kami membuat blog ini adalah bagi memberi pendedahan kepada masyarkat Malaysia terutamanya generasi Y. Untuk memahami dengan lebih, makna ataupun erti sebenar Rukun Negara yang selaras dengan tajuk blog kami iaitu "Rukun Negara Sebagai Ideologi dan Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969".


Latar Belakang



Rukun Negara merupakan satu ideologi Negara yang tercipta ekoran berlakunya peritsiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ideologi ini digubal semasa negara sedang dibawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya. MAGERAN terdiri daripada Majlis Perundingan Negara (MPN), Majlis Muhibah Negara dan JabatanPerpaduan Negara. Kata sepakat untuk mencipta sati ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN, iaitu pada 27 Januari 1970. Hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) bagi melicinkan pemerintahan negara MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak. Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 untuk merealisasikan kontrak yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia. Merupakan satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

Apakah Rukun Negara?




Kerajaan berpendapat negara memerlukan peranannya untuk memastikan nilai yang ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan dapat dilaksanakan. Justeru, beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tujuan membentuk dan memantapkan perpaduan. Dasar-dasar ini meliputi semua aspek iaitu sosial, ekonomi dan politik. Rukun Negara merupakan satu dasar yang berperanan penting dalam memastikan dan memupuk semangat perpaduan tersebut.

Objektif Rukun Negara



Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif seperti dalam jadual berikut :

  • Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat. 
  • Memelihara cara hidup demokratik. 
  • Membentuk masyarakat adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil. 
  • Membentuk masyarakat bersifat liberal, terutama terhadap kebudayaan masing- masing. 
  • Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi.

Prinsip Dan Penjelasan Rukun Negara


PENJELASAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Agama sebagai pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat beragama juga mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Seterusnya, walaupun Islam menjadi agama rasmi persekutuan tetapi mana-mana agama lain boleh dianuti dengan bebas dalam persekutuan


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri. Rakyat seharusnya menjadikan raja sebagai simbol perpaduan rakyat. Malahan, sesiapa yang menderhaka kepada raja dianggap sebagai penderhaka kepada negara.


3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Rakyat dikehendaki menghormati serta mempertahankan Perlembagaan. Perlembagaan menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan dan kehakiman negara.


4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan undang-undang dan menghormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang. Sekiranya undang-unadang dipelihara, rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur dan harmoni.


5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Nilai-nilai murni melambangkan keperibadian individu dan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni serta saling hormat-menghormati. Selain itu, bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, menghormati orang lain, mengelakkan diri daripada menyentuh hal-hal yang sensitif dan perkara-perkara yang telah dipersetujui majoriti.

Peristiwa Rusuhan 13 Mei 1969



Peristiwa Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai olehUMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai olehUMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969.

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan,yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.

Pembangkang Meraikan Kemenangan


Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan PIlihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Perarakan Kematian Cina




Di Jinjang,Kepong,kematian seorang cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran pihak polis.Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Rumah Menteri Besar Selangor Dan Rusuhan Pertama

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 MEI 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu dalam perjalanan ke kampung baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru.Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit.

Tentera dari askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Pasukan FRU dikeluarkan dari kampung Baru dan askar melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan.Rusuhan dapat dikawal dengan menggunakan gas pemedih mata dan perintah berkurung 24 jam dikeluarkan.

Pada hari seterusnya 5 pagi,Hospital Kuala Lumpur melaporkan bahawa 80 orang telah meninggal dunia pada rusuhan yang pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang Cina.

Kesimpulan

Penduduk Malaysia seharusnya mengambil ikhtibar daripada peristiwa 13 MEI 1969 yang banyak memberi kesan hitam kepada semua kaum di seluruh Malaysia.Oleh itu,bagi merealisasikan integrasi nasional dan pembentukan negara bangsa,maka kerajaan telah merangka dasar-dasar yang mampu menangani masalah setiap kaum seperti Rukun Negara supaya prinsipnya dapat dihayati segenap rakyat tanpa mengira latar belakang masyarakat.