Prinsip Dan Penjelasan Rukun Negara


PENJELASAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Agama sebagai pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat beragama juga mudah diurus untuk menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Seterusnya, walaupun Islam menjadi agama rasmi persekutuan tetapi mana-mana agama lain boleh dianuti dengan bebas dalam persekutuan


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri. Rakyat seharusnya menjadikan raja sebagai simbol perpaduan rakyat. Malahan, sesiapa yang menderhaka kepada raja dianggap sebagai penderhaka kepada negara.


3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Rakyat dikehendaki menghormati serta mempertahankan Perlembagaan. Perlembagaan menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan dan kehakiman negara.


4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Kedaulatan undang-undang dan menghormati dengan tidak melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang. Sekiranya undang-unadang dipelihara, rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman, makmur dan harmoni.


5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Nilai-nilai murni melambangkan keperibadian individu dan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni serta saling hormat-menghormati. Selain itu, bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, menghormati orang lain, mengelakkan diri daripada menyentuh hal-hal yang sensitif dan perkara-perkara yang telah dipersetujui majoriti.

No comments:

Post a Comment