UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 MEI 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.Pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu dalam perjalanan ke kampung baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru.Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit.
Tentera dari askar Melayu lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Pasukan FRU dikeluarkan dari kampung Baru dan askar melayu dikerah untuk mengambil alih kawalan.Rusuhan dapat dikawal dengan menggunakan gas pemedih mata dan perintah berkurung 24 jam dikeluarkan.
Pada hari seterusnya 5 pagi,Hospital Kuala Lumpur melaporkan bahawa 80 orang telah meninggal dunia pada rusuhan yang pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang Cina.
No comments:
Post a Comment